5 Tips Elak Rambut Berbau Wanita Berhijab -

5 Tips Elak Rambut Berbau Wanita Berhijab
-
Wanita berhijab memerlukan penjagaan rambut yang lebih rapi berbanding mereka yang tidak bertudung. Keadaan kulit kepala dan rambut yang bertutup sepanjang hari boleh menjadi punca kepada kerosakan rambut jika tidak kena cara penjagaannya.
-
Bagi memastikan rambut anda kekal sihat dan cantik, beberapa langkah di bawah mungkin dapat membantu anda menangani masalah rambut bagi wanita berhijab. Antaranya:
-
1. Cuci rambut sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Tak perlu rawatan mahal pun, cukup sekadar untuk membersihkan rambut dan kulit kepala. Jika sudah selesa dengan sejenis pencuci rambut, kekalkan. Tapi jangan kerap sangat tukar pencuci rambut nanti rambut rosak dan terlalu kering. Pilih syampu yang tidak mengandungi bahan kimia merbahaya seperti Paraben, Silikon dan SLS agar rambut anda kekal sihat tanpa membahayakan kesihatan anda.
-
2. Keringkan rambut secara semula jadi dengan menggosok tuala secara lembut dari atas hingga ke hujung rambut. Lakukan beberapa kali dan biarkan rambut kering. Cara ini dapat mengelakkan rambut bersimpul-simpul dan rosak.
-
3. Pilih tudung dari jenis fabrik yang lembut dan mampu memberi pengaliran udara keluar dan masuk. Kain tudung yang memerangkap haba tidak elok untuk kulit kepala dan rambut.
-
4. Sapu pelembap atau minyak rambut selepas mencuci rambut anda. Pilih minyak yang diasaskan daripada tumbuhan berbanding minyak yang diasaskan daripada mineral.
-
5. Balik kerja atau beriadah, berehat sebentar bagi membiarkan kulit kepala bernafas dan kering. Jika berambut panjang buka ikatan terlebih dahulu sebelum mencucinya seperti biasa.

Bagaimana?Tak susah bukan untuk anda menjaga rambut?

Yang penting konsisten dan sentiasa menjaga pemakanan harian.

Ingin rambut kekal sihat walaupun bertudung?
.
Jom bertukar kepada Shampoo Santan dan Wonder Hair Oil.
.
Info credit to : Shampoo Santan Malaysia
.
.
#jomtukarshampoo #formulasidengancinta
#freshNnatural #shampoosantan #shampoohomemade #shampooorganik #rambutcantik #rambutlebat #rambutberkilat #rambutsihat #rambutnipis #rambutsubur #rambutkuat

Comments

Popular posts from this blog

Dropship wanted!!

RAHSIA RAMBUT KEKAL HITAM MENAWAN 😍